
Pertama Kali Nak Buat Umrah?
Tak Pasti Nak Pilih Pakej Mana, Takut Tersalah Pilih?
TENTANG ABAABEEL TRAVEL
Abaabeel Travel & Services Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777) dan berstatus syarikat sendirian berhad (Sdn. Bhd.). Syarikat ini pada asalnya dikenali sebagai Azdan Travel and Services Sdn. Bhd. yang telah ditubuhkan pada 1 Oktober 2018. Setelah beroperasi selama beberapa tahun, syarikat ini telah melalui proses penjenamaan semula dan secara rasmi menukar nama kepada Abaabeel Travel & Services Sdn. Bhd. pada 26 Ogos 2025, seperti yang disahkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Penukaran nama ini mencerminkan fasa baharu dalam perjalanan syarikat yang berteraskan kepada misi memperkukuh perkhidmatan pelancongan, perkhidmatan umrah, haji serta khidmat perjalanan yang patuh syariah. Dengan nama Abaabeel, ia membawa simbolik kekuatan, perlindungan dan keberkatan seiring dengan visi syarikat untuk menjadi peneraju dalam industri pelancongan Islamik yang diyakini pelanggan di dalam dan luar negara.
Pakej Umrah



Galeri







KENAPA PILIH KAMI

Penerbangan Terus
Pakej umrah kami menawarkan penerbangan terus dari KLIA ke Tanah Suci, tiada transit.

Mutawwif & Urusetia Terlatih
Jemaah akan dibimbing oleh seorang Mutawwif & urusetia yang berpengalaman dan bertanggungjawab menjaga kebajikan serta memberikan ilmu, pedoman dan ibrah.

Talaqqi & Khatam Al-Quran
Ini kelebihan yang jarang ada pada agensi lain. Jemaah bukan sekadar mengerjakan umrah, tetapi dapat Khatam Al-Quran dengan bimbingan guru terlatih. Juga dapat sesi talaqqi 1-1.